Answered step by step
Verified Expert Solution
Link Copied!

Question

1 Approved Answer

Aaron telah diminta oleh Mariappan untuk berunding tentang satu urusniaga bagi pihaknya dengan Tune Sdn Bhd. Mariappan telah berpesan kepada Aaron untuk mendapatkan perjanjian tersebut

  1. Aaron telah diminta oleh Mariappan untuk berunding tentang satu urusniaga bagi pihaknya dengan Tune Sdn Bhd. Mariappan telah berpesan kepada Aaron untuk mendapatkan perjanjian tersebut secara sah dengan Tune Sdn Bhd sebelum akhir bulan Mac 2020. Urusan tersebut telah berjaya dirundingkan tetapi Mariappan mendapati bahawa Harun telah menggunakan cara yang tidak sah dengan mendapatkan keuntungan rahsia melalui rundingan tersebut. Mariappan mempertikaikan cara Aaron berurusan dengan Tune Sdn Bhd. Aaron menegaskan bahawa itu adalah cara biasa yang digunakan dalam urusan perniagaan. Mariappan tidak perlu bimbang memandangkan arahannya untuk mendapatkan kontrak tersebut telah berjaya dilaksanakan. Di bawah prinsip agensi, bagaimanakah urusniaga itu sepatutnya berlaku? Sokong jawapan anda dengan peruntukan undang-undang Akta Kontrak 1950 dan dengan SATU (1) kes yang berkaitan.
  2. Alwi, seorang penjual barang-barang terpakai mempamerkan barang-barang jualannya di Ekspo Jualan Murah. Pelanggan dibenarkan melihat dan memeriksa keadaan barang-barang tersebut sebelum membuat bayaran. Bagaimana pun, selepas dua hari seorang pelanggan telah datang menemui Alwi dan ingin memulangkan barang yang telah dibelinya atas laasan barang tersebut berkualiti rendah. Nasihatkan Alwi dengan memberikan peruntukan-peruntukan dari Akta Jualan Barang 1957 dan dengan SATU (1) kes yang berkaitan.
  3. Huraikan hak dan tanggungjawab Pawana Finance Berhad (PFB) dalam situasi berikut dengan merujuk kepada Akta Sewa Beli 1967. Satu penjanjian sewa beli sebuah lori telah dimetrai antara Malik dan PFB pada tahun 2018. Pada Disember 2019, semasa Malik ingin memperbaharui cukai jalan lori tersebut, Jabatan Pengangkutan Jalan memaklumkan bahawa terdapat tiga saman yang dikeluarkan pada tahun 2017 terhadap lori itu masih belum dijelaskan. Malik telah diarahkan untuk membayar jumlah saman tertunggak ini sebelum beliau dibenarkan untuk memperbaharui cukai jalan lori tersebut. Malik meminta PFB membuat bayaran yang sepatutnya tetapi PFB enggan terlibat dalam masalah Malik.
  4. Bincangkan keesahan setiap bil pertukaran berikut berdasarkan Akta Bil Pertukaran 1949 dan kes-kes yang berkaitan.

i. Robinson adalah seorang pesuruh bayar. Selepas menerima satu bil pertukaran, Robinson menurunkan tandatangannya dan menulis perkataan "diterima" atas bil tersebut. Namun, selepas pembayaran dibuat dari akaunnya, Robinson menafikan tanggungjawabnya untuk membuat bayaran dan menuntut wangnya kembali.

ii. Mark ialah seorang pengarah syarikat. Dia mengalami kecacatan pada ibu jarinya ketika kemalangan jalanraya. Untuk mengesahkan bil pertukaran syarikatnya, dia menggunakan "rubber stamp" untuk menggantikan tandatangannya.

Step by Step Solution

There are 3 Steps involved in it

Step: 1

blur-text-image

Get Instant Access to Expert-Tailored Solutions

See step-by-step solutions with expert insights and AI powered tools for academic success

Step: 2

blur-text-image

Step: 3

blur-text-image

Ace Your Homework with AI

Get the answers you need in no time with our AI-driven, step-by-step assistance

Get Started

Recommended Textbook for

Introduction To Business Law

Authors: Jeff Rey F. Beatty, Susan S. Samuelson

3rd Edition

978-0324826999, 0324826990

More Books

Students also viewed these Law questions