Answered step by step
Verified Expert Solution
Link Copied!

Question

1 Approved Answer

DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI PUTRAJAYA, MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO. A-03-11-2023 TAHUN 2023 ANTARA JHONNY DOE A/L JOE DOE ...PERAYU LWN PENDAKWARAYA ...RESPONDEN PERTUDUHAN Bahawa kamu

DALAM MAHKAMAH RAYUAN DI PUTRAJAYA, MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO. A-03-11-2023 TAHUN 2023 ANTARA JHONNY DOE A/L JOE DOE ...PERAYU LWN PENDAKWARAYA ...RESPONDEN PERTUDUHAN Bahawa kamu bersama-sama pada 25 Oktober 2023 jam lebih kurang 10.30 malam, di Pejabat Penguatkuasaan Kastam Rantau Panjang, Tumpat, Kelantan, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Kanabis (cannabis) sejumlah 394.24 gram, dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah seksyen 39B (2) Akta yang sama, yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. FAKTA KES Jhonny Doe a/l John Doe (Perayu/Tertuduh 1) dan Jane Doe a/p John Doe (Tertuduh 2) telah dituduh secara bersama atas kesalahan mengedar dadah berbahaya jenis kanabis seberat 394.24 gram di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952. ('Akta') telah dibicara dan didapati bersalah terhadap pertuduhan dan dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Pada 25 Oktober 2023, Jhonny mengajak Jane pergi ke Thailand melalui Rantau Panjang, Kelantan untuk makan-makan dan membeli beberapa barangan. Setelah selesai, mereka pulang melalui sempadan pos yang sama yang mereka masuk pada awalnya. Apabila mereka sampai di Pos Immigresen Rantau Panjang, mereka telah ditahan oleh sekumpulan pegawai dari Jabatan Kastam DiRaja Malaysia. Pegawai kastam ( SP 6) telah meminta Jhonny menurunkan cermin tingkap pemandu dan meminta Jhonny membuka bonet belakang, tetapi Jhonny enggan berbuat demikian. Jhonny dan Jane diarahkan keluar daripada kereta mereka Proton CX 70 No xxxxx dan kereta tersebut di geledah oleh pegawai-pegawai kastam. Selepas beberapa ketika, Jhonny mendengar salah seorang pegawai yang menggeledah kereta berteriak: "Tuan, sudah jumpa Tuan..!!" dan kemudian melihat seorang lagi pegawai bergegas ke arah pegawai yang berteriak tadi. Serbuk putih berupa dadah telah dijumpai oleh Pegawai Kastam (SP 6) di bawah tempat duduk penumpang hadapan di dalam kereta Proton CX 70 Nombor Pendaftaran xxxxx yang dipandu oleh Tertuduh 1. SP 7 telah mengarahkan SP 6 untuk meletakkan plastik berwarna biru beserta kandungannya di dalam biliknya di Pejabat Penguatkuasaan Kastam. Walau bagaimanapun, SP 6 meletakkannya di dalam almari yang tidak berkunci di luar bilik SP 7 kerana bilik SP 7 berkunci. SP 6 telah memaklumkan kepada SP 7 mengenai hal ini dan SP 7 berkata dia akan menyimpannya kemudian. Walau bagaimanapun SP 7 terlupa untuk menyimpannya pada malam tersebut dan terus balik ke rumah pada jam 12.00 tengah malam. SP 7 hanya mengambil plastik berwarna biru tersebut untuk disimpan di biliknya pada pagi keesokkan harinya apabila beliau tiba di pejabatnya. SP 7 tidak melihat isi kandungan dalam plastik biru itu semasa menyimpannya. Plastik berwarna biru dan kandungannya telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa. Ahli kimia ( SP 5 ) telah mengesahkan bahawa serbuk yang dijumpai adalah dadah berbahaya jenis kanabis seberat 394.24 gram. Semasa dikemukakan di Mahkamah dadah ini telah diletakkan di dalam kotak yang bertanda "A" ( Kotak A ). KES PENDAKWAAN Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, pihak pendakwaan melalui saksi-saksi pendakwa telah mengemukakan fakta-fakta seperti berikut:- 1) Pada 25/10/2023, jam lebih kurang pukul 10.30 malam kereta jenis Proton CX 70 Nombor Pendaftaran xxxxx yang dipandu oleh Tertuduh 1 telah ditahan oleh pegawai kastam (SP6) di Pos Immigresen Rantau Panjang, Kelantan. Pada masa tersebut, di dalam kereta juga terdapat seorang wanita berada di tempat duduk hadapan dan selepas ditanya oleh SP 6, wanita tersebut mengatakan bahawa dia adalah adik angkat Tertuduh 1. Tertuduh 1 mengatakan bahawa kereta yang dia pandu telah disewa dari adik Tertuduh 2, iaitu Jack Doe a/p John Doe. Semakan JPJ mendapati kereta tersebut didaftarkan di atas nama Tertuduh 2. 2) Mengikut SP 6, sewaktu beliau meminta Tertuduh 1 membuka cermin tingkap, beliau dapati Tertuduh 1 kelihatan cemas dengan muka yang berpeluh. Bila diminta membuka bonet belakang, Tertuduh 1 enggan membuka dan mengatakan bahawa di dalam bonet terdapat beberapa guni beras yang mereka beli di Sungai Golok. 3) Melalui pemeriksaan lanjut yang dijalankan oleh pegawai dari Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang yang diketuai oleh (SP 7) setelah menggeledah kereta Proton CX 70 tersebut telah menemui satu plastik berwarna biru yang di dalamnya terdapat satu botol berisi serbuk (P5) di bahagian bawah tempat duduk Tertuduh 2. 4) SP 7 telah mengatakan bahawa dadah di dalam "Kotak A" adalah sama dengan yang dirampas dalam kereta Tertuduh 1. KES PEMBELAAN 1) Di dalam pembelaannya, Tertuduh 1 mempertikaikan mempunyai pengetahuan mengenai dadah tersebut. Sewaktu dia mengambil kereta dari adik Tertuduh 2, dia tidak membuat semakan sama ada terdapat barang lain di dalam kereta tersebut. Tertuduh 1 mengatakan bahawa mungkin plastik berwarna biru itu kepunyaan adik Tertuduh 2. 2) Tertuduh 2 mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai dadah tersebut dan tidak ada dalam pengetahuannya juga bahawa ada satu beg plastik di bawah tempat duduknya. Beliau hanya diajak oleh Tertuduh 1 untuk menemani Tertuduh 1 pergi ke Sungai Golok untuk berjalan-jalan sahaja. Beliau setuju untuk menerima ajakan Tertuduh 1 kerana beliau sebenarnya telah jatuh hati terhadap Tertuduh 1. 3) Pemeriksaan air kencing kedua-dua Tertuduh 1 dan 2 adalah negatif. 4) Tertuduh 2 mengatakan bahawa kereta tersebut adalah dimilikki oleh adiknya yang bekerja sebagai mekanik. Ianya didaftarkan atas nama Tertuduh 2 kerana adiknya adalah seorang bankrap. 5) Tertuduh 1 mengatakan bahawa tempat penyimpanan dadah tersebut setelah dirampas boleh di akses oleh ramai orang serta terdapat perbezaan dari segi bungkusan dan bentuk bukti dadah yang berada dalam "Kotak A" yang di buka di Mahkamah. Selain itu, terdapat usikan dan gangguan pada rantaian keterangan, maka dengan itu terputuslah jaringan rantaian keterangan berkenaan barang kes tersebut. KEPUTUSAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI 1) Di akhir kes pendakwaan dan pembelaan, Hakim Mahkamah yang membicarakan telah menyabitkan Tertuduh 1 atas kesalahan seperti pertuduhan dan dihukum penjara seumur hidup berserta sebatan sebanyak 12 kali sebatan di bawah seksyen 39B(2) Akta sama. Hakim beralasan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Tertuduh 1 melangkaui keraguan munasabah dan Pembelaan gagal menimbulkan apa-apa keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan. 2) Mahkamah juga berpuas hati menerima keputusan analisa yang dibuat oleh SP5 berkaitan identiti serta kuantiti dan berpuas hati bahawa barang kes yang dianalisa oleh SP5 merupakan dadah merbahaya seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta. 3) Hujahan pembelaan mengenai usikan pada jaringan rantaian keterangan (Kotak A) tidak menjejaskan kes pendakwaan dan mahkamah berpuas hati bahawa dadah yang dianalisa oleh SP5 merupakan dadah yang sama dan ia telah dicamkan oleh SP5 di mahkamah terbuka. Pembelaan juga gagal membuktikan hujahan mereka mengenai terputusnya rantai keterangan penyimpanan barang kes. 4) Sikap Tertuduh 1 yang terlihat cemas semasa diminta membuka bonet belakang menunjukkan Tertuduh 1 mempunyai pengetahuan berkenaan dadah tersebut dan kelakuan Tertuduh 1 termasuk dalam jaringan Seksyen 8 Akta Keterangan 1950. Semasa ditahan, Tertuduh 1 merupakan pemandu kereta yang membawa dadah. Oleh kerana kawalan dan jagaan telah dibuktikan oleh pendakwaan, dan gagal di patahkan oleh Pembelaan maka anggapan di bawah Seksyen 37(d) Akta terpakai iaitu mengetahui terdapat dadah yang berada di bawah tempat duduk penumpang hadapan keretanya dan anggapan ini juga telah gagal dipatahkan. Pendakwaan boleh bergantung kepada anggapan bertindan iaitu pengedaran dadah di bawah Seksyen 37(da)(vi) Akta sebaik sahaja pemilikan dibuktikan terhadap Tertuduh 1. 5) Hakim juga melepaskan dan membebaskan Tertuduh 2 kerana pendakwaan telah gagal membuktikan niat dan milikan bersama dan Tertuduh 2 hanya sekadar bersama di dalam kereta serta tidak mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai dadah yang dibawa. Selain itu, ketiadaan peranan aktif oleh Tertuduh 2 juga menunjukkan bahawa Seksyen 34 Kanun Keseksaan telah gagal dibuktikan.

SOALAN KEPADA RESPONDEN/PENDAKWARAYA: Pihak pendakwaan sebagai Responden, akan menghujahkan yang pendakwaan telah membuktikan kes mereka melangkaui keraguan munasabah dan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi adalah tepat dan benar serta tidak terkhilaf dalam keputusan beliau.

PROVIDE ME THE RELEVANT ISSUES (ATLEAST 5), LAW & APPLICATIONS & CONCLUSIONS IN SUPPORT FOR THE RESPONDENT WHO IS PENDAKWARAYA BASED ON THE SCENARIO. SUPPORT ALL THE ARGUMENTS WITH EFFECTIVE & PERFECT CASE LAWS & CASE STUDIES. I NEED PROACTIVE & SYSTEMATIC EXPLANATION FOR EACH ISSUE WITH THE RELEVANT LAW & APPLICATION FOR OUR MENTIONED SCENARIO ABOVE. PROVIDE THE EXPLANATION IN MALAY LANGUAGE (BAHASA MELAYU).

Step by Step Solution

There are 3 Steps involved in it

Step: 1

blur-text-image

Get Instant Access to Expert-Tailored Solutions

See step-by-step solutions with expert insights and AI powered tools for academic success

Step: 2

blur-text-image

Step: 3

blur-text-image

Ace Your Homework with AI

Get the answers you need in no time with our AI-driven, step-by-step assistance

Get Started

Recommended Textbook for

Legal Environment

Authors: Jeffrey F. Beatty, Susan S. Samuelson

5th edition

978-1133587491

More Books

Students also viewed these Law questions

Question

The quality of the argumentation

Answered: 1 week ago