Question
KERJA KURSUS 1 (100 markah) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan perkataan sendiri. Pemahaman Prosa Moden 1 Lebih lima
KERJA KURSUS 1 (100 markah)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan perkataan sendiri.
Pemahaman Prosa Moden 1
Lebih lima kali Kamal mundar-mandir di ruang dapur. Hatinya hancur luluh bagai dihiris sembilu. Sesekali dia mendengus kuat melepaskan geram. Kedua biji matanya seakan-akan terlompat membaham muka tembam Seman. Seluruh mata sepet bengkak itu dijilatnya rakus.
Tidak! Tidak! Tidak!... Bagaikan terpelanting semangat Seman ditengking Kamal. Kau jangan memandai-mandai, Seman! Mengapa kau bertindak seolah-olah beraja di mata bersultan di hati? Jari telunjuknya terketar-ketar menuding ke muka penuh jerawat baru kira-kira sejengkal di depannya.
Seman terus membisu seribu bahasa. Kamal semakin galak apabila cabarannya tidak disambut. Tubuh bulat pendek itu semakin berbalam dilihatnya. Seman menyedari keadaan ini. Dia tidak mahu menyimbah minyak ke api yang marak. Dia masih arif mengawal suasana. Ibarat menarik rambut di dalam tepung. Rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak. Dia faham benar tabiat saudara seibunya itu.
Saya dah beberapa kali hubungi abang, tapi tak dapat. Tindakan saya mencagarkan tanah sekangkang kera itu ialah nak tolong Abang Yatim. Nak tolong jelaskan hutangnya yang keliling pinggang. Apakah salah saya nak tolong dia? Lembut mendayu nada suara Seman seolah-olah minta simpati.
Ada jalan lain nak tolong saudara!
Tanah itu tak perlu dicagarkan!
Saya, Abang Taib dan Kak Roziah dah habis ikhtiar, kalau tak Abang Yatim diheret ke muka pengadilan. Kak Roziah sendiri dah berhabis-habisan untuk suaminya. Abang Taib dah hulurkan tiga ribu. Tapi masih tak cukup. Lagi pun tanah itu saya cagarkan sahaja. Bukannya dijual terus. Kalau sudah bernafas nanti, saya tebus balik.
Mengapa tak ikhtiar cara lain? Kamal masih tidak mahu surut.
Abang, salahkan saya berkorban untuknya yang sangat memerlukan pertolongan? Cuba abang tanya diri abang sendiri. Apakah pula pegorbanan abang terhadap kami? Seman mulai berani. Kamal terdiam. Nampaknya sudah bertemu buku dengan ruas.
BAHAGIAN A (50 markah)
(a) Terangkan maksud rangkai kata di bawah mengikut penggunaannya dalam petikan di atas. (20 markah)
i. semakin galak
ii. beraja di mata bersulam di hati
iii. mencagarkan tanah
iv. bernafas nanti
v. tidak mahu surut
(b) Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan di atas. (30 markah)
i. Nyatakan sikap-sikap fizikal Seman seperti yang digambarkan oleh penulis? (4m)
ii. Bagaimananakah keadaan Kamal ketika marah? Mengapa dia begitu marah kepada Seman? (4m)
iii. Apakah maksud ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak? (4m)
iv. Siapakah Kamal dan apa hubungannya dengan Seman? (6m)
v. Kenapakah Seman mahu mencagarkan tanah yang luasnya cuma sekakang kera? (6m)
vi. Kenapa pada mulanya Seman tidak mahu menentang Kamal? (6m)
BAHAGIAN B ( 50 markah)
Jawab semua soalan berikut.
(a) Bina satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaanya. (10m)
(i) Pahit pahit manis
(ii) Lemah lemah lembut
(iii) Hal hal-ehwal
(iv) Selisih selisih faham
(v) Laku - kelakuan
(b) Jelaskan empat (4) fungsi bahasa Melayu. (20m)
(c) Bincangkan kepentingan kesantunan bahasa. (20m)
Step by Step Solution
There are 3 Steps involved in it
Step: 1
Get Instant Access to Expert-Tailored Solutions
See step-by-step solutions with expert insights and AI powered tools for academic success
Step: 2
Step: 3
Ace Your Homework with AI
Get the answers you need in no time with our AI-driven, step-by-step assistance
Get Started