Answered step by step
Verified Expert Solution
Link Copied!

Question

1 Approved Answer

Pada 1 Januari 2021 Berlian Bhd. memperoleh 640,000 unit syer ekuti Permata Sdn. Bhd. Balasan belian adalah dalam bentuk tunai RM800,000 dan terbitan 360,000 unit

Pada 1 Januari 2021 Berlian Bhd. memperoleh 640,000 unit syer ekuti Permata Sdn. Bhd. Balasan belian adalah dalam bentuk tunai RM800,000 dan terbitan 360,000 unit syer ekuiti Berlian Bhd. pada nilai pasaran RM2.50 sesyer. Penyata Kedudukan Kewangan terkini kedua-dua syarikat sebelum tarikh perolehan adalah seperti berikut:

Berlian Bhd. Permata Sdn. Bhd.
RM'000 RM'000
Hartanah, loji dan peralatan:
Hartanah 2,000 800
Loji & peralatan 600 400
Aset semasa 1,400 600
4,000 1,800
Syer ekuiti, purata harga RM1.00 sesyer 2,000 800
Perolehan tertahan 1,200 400
Liabiliti jangka panjang 600 400
Liabiliti semasa 200 200
4,000 1,800

Dalam menentukan balasan belian, maklumat berikut diambilkira oleh Berlian dan Permata:

  1. Nilai saksama hartanah Permata berjumlah RM1,000,000.

  1. Nilai saksama loji dan peralatan Permata berjumlah RM360,000.

  1. Permata memiliki tanda perniagaan bernilai RM400,000.

Dikehendaki:

  1. Tentukan kepentingan Berlian Bhd dalam Permata Sdn. Bhd.

(1 markah)

  1. Tentukan kos pelaburan dalam Permata Sdn. Bhd. yang perlu direkodkan oleh Berlian Bhd.

(2 markah)

  1. Tentukan nilai saksama aset bersih Permata Sdn. Bhd. pada tarikh perolehan.

(2 markah)

  1. Tentukan nilai muhibah atas gabungan jika kepentingan bukan kawalan diukur pada nilai saksama penuh.

(4 markah)

  1. Tentukan nilai muhibah atas gabungan jika kepentingan bukan kawalan diukur pada nilai saksama aset bersih.

(3 markah)

  1. Tentukan nilai kepentingan bukan kawalan yang akan dilaporkan dalam penyata kedudukan kewangan kumpulan Berlian Bhd. pada 1 Januari 2021 jika kepentingan bukan kawalan diukur pada nilai saksama penuh.

(3 markah)

  1. Berdasarkanmaklumat dalam e) di atas, sediakan Penyata Kedudukan Kewangan Disatukan pada 1 Januari 2021.

(5 markah)

Step by Step Solution

There are 3 Steps involved in it

Step: 1

blur-text-image

Get Instant Access to Expert-Tailored Solutions

See step-by-step solutions with expert insights and AI powered tools for academic success

Step: 2

blur-text-image

Step: 3

blur-text-image

Ace Your Homework with AI

Get the answers you need in no time with our AI-driven, step-by-step assistance

Get Started

Recommended Textbook for

Financial Accounting Plus

Authors: Robert Libby, Patricia Libby, Daniel Short

8th Edition

1259116832, 9781259116834

More Books

Students also viewed these Accounting questions