Answered step by step
Verified Expert Solution
Question
1 Approved Answer
Perlanjutan tempoh moratorium pinjaman oleh bank-bank tempatan dikatakan mampu untuk membantu meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 dan juga pelaksanaan Perintah
- Perlanjutan tempoh moratorium pinjaman oleh bank-bank tempatan dikatakan mampu untuk membantu meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 dan juga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Huraikan TIGA (3) kesan negatif yang berkemungkinan timbul akibat daripada perlanjutan tempoh moratorium pinjaman tersebut.
(15 markah)
- Anda menjalankan perniagaan membekalkan bahan-bahan binaan kepada para kontraktor binaan di Kedah dan Perlis. Sebahagian jualan anda adalah jualan kredit. Pelaksanaan PKP telah menyebabkan sebahagian pelanggan anda mengalami masalah untuk melunaskan bayaran kepada anda. Mereka dibayar mengikut tahap kemajuan projek yang dijalankan. Pelaksanaan PKP telah menyebabkan perjalanan projek pembinaan mereka mengalami kelewatan. Akibatnya mereka juga lewat menerima bayaran daripada pelanggan mereka. Pelbagai peringatan telah pun dihantar kepada mereka dan anda juga maklum akan situasi semasa mereka. Huraikan strategi kutipan / langkah-langkah kutipan yang boleh anda gunakan untuk mengutip bayaran daripada pelanggan-pelanggan anda yang mempunyai masalah seperti dinyatakan.
(25 markah)
- Aspek pengurusan inventori sangat penting bagi setiap perniagaan. Pihak pengurusan perlu mengenal pasti kos-kos yang terlibat dengan inventori dalam usaha untuk meminimumkan kos tersebut bagi memastikan pengurusan inventori dapat dilaksanakan dengan berkesan. Secara umumnya, terdapat dua jenis kos yang berkaitan dengan pengurusan inventori iaitu kos membawa inventori dan kos memesan. Anda dikehendaki menghuraikan dengan terperinci mengenai kos memesan inventori beserta contoh.
(10 markah)
Step by Step Solution
There are 3 Steps involved in it
Step: 1
Get Instant Access to Expert-Tailored Solutions
See step-by-step solutions with expert insights and AI powered tools for academic success
Step: 2
Step: 3
Ace Your Homework with AI
Get the answers you need in no time with our AI-driven, step-by-step assistance
Get Started