Question
SOALAN 1 Berikut adalah perjanjian yang ditandatangani oleh MMP Bhd (MMP) dengan dua buah syarikat sepanjang tahun 2019: Perjanjian 1: Pada 1 Mac 2019, MMP
SOALAN 1
Berikut adalah perjanjian yang ditandatangani oleh MMP Bhd (MMP) dengan dua buah syarikat sepanjang tahun 2019:
Perjanjian 1:
Pada 1 Mac 2019, MMP telah menandatangani perjanjian untuk menggunakan tiga (3) buah lori dengan TACS Transportation Bhd. (TACS). Lori tersebut digunakan untuk menghantar barangniaga kepada pelanggan MMP selama 5 tahun mengikut jadual penghantaran yang ditetapkan oleh MMP. Bayaran akan dibuat oleh MMP pada setiap akhir bulan bermula 31 Mac 2019 dan kadar bayaran adalah mengikut muatan lori. TACS turut menyediakan pemandu serta menyusun jadual penggunaan lori dan pemandu. Lori disimpan di premis TACS apabila tidak digunakan kerana TACS boleh menggunakan lori dan pemandu yang sama untuk membuat penghantaran barang pelanggannya yang lain.
Perjanjian 2:
Pada 1 April 2019, MMP menandatangai perjanjian dengan KL Bhd untuk menyewa seunit rumah kedai A untuk tempoh lima tahun. Rumah kedai A adalah sebahagian daripada rumah-rumah kedai yang dimiliki oleh KL Bhd. MMP diberi hak untuk menggunakan rumah kedai A untuk menjalankan perniagaannya. Perjanjian menyatakan KL Bhd. boleh meminta MMP untuk berpindah ke unit rumah kedai yang lain. Walau bagaimanapun, KL Bhd perlu menyediakan rumah kedai yang baharu yang mempunyai spesifikasi serupa seperti rumah kedai A dan KL Bhd juga perlu menanggung kos penempatan semula MMP. KL Bhd hanya akan memperoleh manfaat ekonomi dari penempatan semula MMP jika penyewa baru bersetuju untuk menduduki sebahagian besar ruang rumah kedai A dan kadar bayaran yang diterima dapat menampung kos penempatan semula MMP.
Kontrak juga menyatakan bahawa MMP boleh menentukan penggunaan rumah kedai A. seperti keputusan berkaitan dengan produk yang dijual, harga produk dan keperluan inventori. Kontrak ini mengkehendaki MMP membuat pembayaran tetap dan pembayaran berubah mengikut peratusan jualan kepada KL Bhd. KL Bhd akan menyediakan perkhidmatan pembersihan dan keselamatan serta pengiklanan perkhidmatan sebagai sebahagian daripada kontrak.
Dikehendaki:
Merujuk kepada peruntukan dalam MFRS 16 Leases, jelaskan sama ada setiap perjanjian di atas yang ditandatangani oleh MMP mengandungi kontrak pajakan.
Step by Step Solution
There are 3 Steps involved in it
Step: 1
Get Instant Access to Expert-Tailored Solutions
See step-by-step solutions with expert insights and AI powered tools for academic success
Step: 2
Step: 3
Ace Your Homework with AI
Get the answers you need in no time with our AI-driven, step-by-step assistance
Get Started