Question
SOALAN TUGASAN: Syarikat Sabariah Trading memulakan perniagaan pada 1 Januari 2020.Berikut adalah imbangan duga bagi syarikat pada 30 November 2020: Debit (RM) Kredit (RM) Tunai
SOALAN TUGASAN:
Syarikat Sabariah Trading memulakan perniagaan pada 1 Januari 2020.Berikut adalah imbangan duga bagi syarikat pada 30 November 2020:
Debit (RM) Kredit (RM)
Tunai 27,950
Akaun Belum Terima 7,800
Inventori 12,200
Bekalan Pejabat 4,700
Insurans Terdahulu 5,400
Perabut dan Kelengkapan 40,000
Akaun Belum Bayar 19,900
Pinjaman Bank (2019-2024) 30,000
Modal 40,000
Ambilan 6,100
Hasil Jualan 132,000
Diskaun Jualan 1,900
Pulangan Jualan dan Elaun 3,200
Kos Barang Dijual 54,800
Belanja Gaji 38,500
Belanja Sewa 13,200
Belanja Utiliti 5,250
Belanja Pelbagai 900
221,900 221,900
Berikut adalah urusniaga serta penyelarasan syarikat sepanjang bulan Disember 2020:
3hb
Membeli barangniaga secara kredit berjumlah RM(letakkan nilai anda) dengan terma 5/10, FOB titik perkapalan.
9hb
Memulangkan 30% dari jumlah barangniaga yang rosak, dibeli pada 3 Disember lalu.
12hb
Menjual barang secara tunai berjumlah RM5,800, kos barang dijual adalah 45% dari harga jualan.
15hb
Membeli barangniaga secara tunai berjumlah RM3,900.
16hb
Membayar kos pengangkutan bagi belian pada 3 Disember, berjumlah RM360.
18hb
Menjual barang secara kredit berjumlah RM(letakkan nilai anda) dengan kos 45% dari harga jualan.Terma jualan adalah 5/10 FOB destinasi.
22hb
Menerima barang dagangan yang rosak dari pembeli bertarikh 18 Disember, bernilai RM200 dengan nilai kos RM110.
24hb
Membayar keseluruhan jumlah yang terhutang kepada pembekal berkaitan belian pada 3 Disember.
25hb
Membayar sejumlah RM4,300 sebagai bayaran balik pinjaman bank, termasuk RM400 faedah atas pinjaman.
27hb
Menerima bayaran penuh secara tunai dari pelanggan berkaitan penjualan pada 18 Disember.
30hb
Membayar gaji pekerja dan belanja utiliti sebanyak RM4,500 dan RM550.
31hb
Baki akaun Insurans Terdahulu terdiri daripada premium yang telah dibayar pada 1 April 2020 untuk tempoh 12 bulan dari tarikh tersebut.
Bayaran sewa kedai sebanyak RM1,200 untuk bulan Disember 2020 akan dibuat pada bulan Januari akan datang.
Semakan ke atas bekalan pejabat menunjukkan baki sebanyak RM3,000.
DIKEHENDAKI:
(a)Sediakan catatan jurnal untuk merekod semua urusniaga dan pelarasan bagi tahun berakhir 31 Disember 2020.
(b)Sediakan Imbangan Duga Terlaras pada 31 Disember 2020.
(c)Sediakan Penyata Untung atau Rugi dan Pendapatan Komprehensif Lain bagi tahun berakhir 31 Disember 2020.
(d)Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2020.
(e)Kirakan nisbah berikut:
i)Nisbah Semasa
ii)Margin Untung
iii)Pulangan ke Atas Aset
iv)Nisbah Hutang
Step by Step Solution
There are 3 Steps involved in it
Step: 1
Get Instant Access to Expert-Tailored Solutions
See step-by-step solutions with expert insights and AI powered tools for academic success
Step: 2
Step: 3
Ace Your Homework with AI
Get the answers you need in no time with our AI-driven, step-by-step assistance
Get Started