Answered step by step
Verified Expert Solution
Link Copied!

Question

1 Approved Answer

Syarikat Pack-2-Go mengeluarkan dan menjual roti prata dingin-beku yang dijual secara komersial di pasar raya seluruh Malaysia. Satu paket roti prata yang dijual dengan harga

Syarikat Pack-2-Go mengeluarkan dan menjual roti prata dingin-beku yang dijual secara komersial di pasar raya seluruh Malaysia. Satu paket roti prata yang dijual dengan harga RM11.00 mengandungi 20 keping roti dan sebungkus kuah kari kambing. Sehingga kini, kuah kari kambing dikilangkan sendiri oleh Syarikat Pack-2-Go dan pernah mendapat pujian daripada pengkritik makanan majalah tempatan.

Seorang pelanggan dari Thailand telah menawarkan untuk membeli roti prata Syarikat Pack-2-Go sebanyak 1,350 paket pada harga RM7.70. Daripada segi lokasi geografi, Thailand adalah terpisah daripada pasaran Malaysia. Namun, harga rendah yang ditawarkan membuat pengurus Syarikat tidak selesa walaupun beliau merasa sudah sampai masanya Syarikat Pack-2-Go menembusi pasaran luar negara. Ketika ini, Syarikat mengeluarkan 4,500 paket roti prata walaupun kapasiti sedia ada adalah untuk pengeluaran 6,500 paket. Data kos untuk sebungkus roti prata ialah seperti berikut:

Bahan langsung RM3.10

Buruh langsung 2.20

Overhed berubah 1.70

Overhed tetap 2.00

Jumlah kos seunit RM9.00

Dikehendaki:

a)Jelaskan sama ada Syarikat Pack-2-Go patut menerima atau menolak pesanan khas daripada pelanggan Thailand tersebut. Sokong jawapan dengan pengiraan.

(4 markah)

b)Andaikan Syarikat Pack-2-Go kini beroperasi pada kapasiti penuh dan tidak dapat menambah kapasiti pengeluarannya. Adakah Syarikat akan menerima atau menolak pesanan khas ini?

(4 markah)

c)Andaikan Syarikat Pack-2-Go kini beroperasi pada kapasiti penuh dan perlu menambah kapasiti dengan kos RM1,200 untuk tambahan setiap 2,000 paket yang dikeluarkan. Adakah Syarikat akan menerima atau menolak pesanan khas ini?

(4 markah)

d)Jelaskan dua (2) faktor kualitatif yang mungkin mempengaruhi keputusan menerima atau menolak pesanan khas daripada pelanggan Thailand ini.

(4 markah)

e)Sebuah perusahaan kecil di Perlis telah menawarkan untuk membekalkan kuah kari kambing untuk Syarikat Pack-2-Go pada harga RM1.90 seunit untuk memenuhi jualan sebanyak 4,500 paket roti prata pada masa ini. Sekiranya Syarikat Pack-2-Go membeli kuah kari kambing ini, sebanyak 30% kos bahan langsung, 40% kos buruh langsung dan 20% kos overhed berubah dapat dikurangkan. Adakah kuah kari kambing ini patut dibuat sendiri atau dibeli? Sokong jawapan dengan pengiraan.

(4 markah)

Step by Step Solution

There are 3 Steps involved in it

Step: 1

blur-text-image

Get Instant Access to Expert-Tailored Solutions

See step-by-step solutions with expert insights and AI powered tools for academic success

Step: 2

blur-text-image

Step: 3

blur-text-image

Ace Your Homework with AI

Get the answers you need in no time with our AI-driven, step-by-step assistance

Get Started

Recommended Textbook for

Statistics For Managers Using Microsoft Excel

Authors: David M. Levine, David F. Stephan, Kathryn A. Szabat

7th Edition

978-0133061819, 133061817, 978-0133130805

Students also viewed these Accounting questions