Answered step by step
Verified Expert Solution
Link Copied!

Question

1 Approved Answer

Terdapat lima orang kakitangan di Jabatan Jualan dan Pemasaran di syarikat Cemerlang Bhd, Putrajaya, Selangor. Encik Nagasaki, yang berumur 54 tahun, adalah seorang lelaki Jepun,

Terdapat lima orang kakitangan di Jabatan Jualan dan Pemasaran di syarikat Cemerlang Bhd,

Putrajaya, Selangor. Encik Nagasaki, yang berumur 54 tahun, adalah seorang lelaki Jepun,

dari Tokyo, yang merupakan pengurus jabatan itu. Dia mempunyai empat orang kakitangan

yang diselianya iaitu Doris, 23 tahun, adalah seorang perempuan yang berbangsa Tionghua

dari Negara China. Peter, 30 tahun, adalah seorang lelaki berbangsa Inggeris dari Negara

England. Mala, 40 tahun, adalah wanita berbangsa India dari negara India, dan Salmah

berumur 21 tahun, wanita berbangsa Melayu dari Malaysia.

Hari Rabu merupakan hari ketiga Encik Nagasaki bekerja di syarikat Cemerlang Bhd. Beliau

tidak pernah bekerja di Malaysia dan ini adalah pertemuan pertama beliau dengan

kakitangannya. Sepanjang hari, fikirannya terus tertanya-tanya bagaimanakah agaknya

kelakuan kakitangan di syarikat ini dan bagaimana beliau boleh mengumpulkan mereka

semua bagi bekerja di bawahnya. Pada pukul 4.00 petang, idea untuk mengadakan

mesyuarat menerjah fikirannya. "Saya akan panggil mesyuarat esok." Dia segera duduk dan

menulis e-mel kepada mereka.

Pada hari Khamis, mesyuarat sepatutnya bermula pada jam 9.00 pagi. Walau bagaimanapun,

di dalam bilik mesyuarat, hanya terdapat dua orang; Peter dan Mala. Jam tangan

menunjukkan pukul 9.05 pagi dan Encik Nagasaki memulakan mesyuarat dengan bertanya

kepada Peter Di mana dua kakitangan yang lain; Doris dan Salmah? Peter menjawab, "Saya

tidak tahu."

Mesyuarat itu berjalan seperti biasa. Tiba-tiba pada pukul 9.15 pagi, pintu terbuka, Salmah

dan Doris masuk dengan pantas dan duduk di sudut bilik mesyuarat. Encik Nagasaki bertanya

kepada mereka Kenapa kamu lambat? Tahu tak mesyuarat bermula pukul 9.00 pagi? Doris

menjawab bahawa dia tidak membuka e-melnya sehingga dia menerima mesej what's app

daripada Peter, mengatakan ada mesyuarat pagi ini pada pukul 9.00 pagi. Dan, dengan

menakjubkan Salmah berkata, "Tidak mengapa untuk terlambat kerana budaya Malaysia kita

memang demikian."

Encik.Nagasaki agak terkejut dengan kedua-dua jawapan.

Semasa pertemuan itu, dia menyedari bahawa Peter sentiasa mempunyai pendapatnya

tentang sesuatu dan seluruh pasukan akan mengikuti ideanya. Ada kalanya Salmah

mempunyai pandangan berbeza daripada yang lain tetapi dia terpaksa akur dengan

keputusan kumpulan itu. Beliau menamatkan mesyuarat pada pukul 11 pagi.

Berdiri di tepi tingkap kaca, di pejabatnya dan melihat pemandangan yang hijau di tepi

bangunannya, dia berfikir.

Kenapa kakitangannya tidak menepati masa seperti kakitangannya di Tokyo?

Mengapa e-mel saya tidak berkesan?

"Mengapa Peter mendominasi perbincangan dan yang lain mengikut pendiriannya?"

Bagaimanakah saya menguruskan kepelbagaian dalam pasukan saya?

Step by Step Solution

There are 3 Steps involved in it

Step: 1

blur-text-image

Get Instant Access to Expert-Tailored Solutions

See step-by-step solutions with expert insights and AI powered tools for academic success

Step: 2

blur-text-image

Step: 3

blur-text-image

Ace Your Homework with AI

Get the answers you need in no time with our AI-driven, step-by-step assistance

Get Started

Recommended Textbook for

Contemporary Project Management

Authors: Timothy Kloppenborg

3rd edition

1285433351, 978-1285433356

More Books

Students also viewed these General Management questions

Question

planning, and what distinguishes each new stage?

Answered: 1 week ago