Answered step by step
Verified Expert Solution
Link Copied!

Question

1 Approved Answer

Hidup pada abad ke 21 memerlukan kita untuk melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran abad ini. Oleh itu, dalam tugasan

Hidup pada abad ke 21 memerlukan kita untuk melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran abad ini. Oleh itu, dalam tugasan ini, anda akan belajar untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang relevan untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut.

Salah satu isu yang memerlukan perhatian kita adalah kelestarian alam sekitar. Dalam tugasan ini, anda dikehendaki untuk menggunakan kemahiran abad ke-21 yang dipelajari daripada kesemua topik dalam modul untuk menghuraikan jawapan untuk soalan berikut:

SOALAN:

Bagaimanakah Pendidikan Kewarganegaraan Global (Global Citizenship Education [CGED]) [GCED]) memberi manfaat kepada masyarakat dalam menyelesaikan isu alam sekitar?

ARAHAN SPESIFIK:

Anda dikehendaki menyertakan yang berikut dalam penulisan esei anda:

1-PENGENALAN - Tulis latar belakang ringkas mengenai tugasan anda dan DUA objektif tugasan.

2-ISI KANDUNGAN: Terdapat TIGA bahagian dalam isi kandungan seperti berikut:

a)Bahagian A:Tentukan SATU isu alam sekitar untuk diberi tumpuan.

Panduan menulis Bahagian A:

i.Terangkan secara ringkas isu yang ingin anda fokuskan. Tulis secara khusus mengenai mengapa anda memilih isu ini.

ii.Baca Topik 1 modul untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kursus. Anda akan mendapati bahawa anda akan belajar banyak kemahiran ketika melengkapkan tugasan ini.

iii.Anda boleh membaca Topik 9 dan 10 untuk mendapatkan idea yang lebih jelas tentang isu-isu tersebut.

b)Bahagian B: Cari DUA infografik.

Panduan menulis Bahagian B:

i.Anda boleh membaca Topik 3 modul anda untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai infografik.

ii.Cari infografik 3 dimensi konsep utama (kemahiran kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku) dalam Pendidikan Kewarganegaraan Global.

iii.Dapatkan juga infografik mengenai isu alam sekitar yang telah dipilih.

iv.Tuliskan ulasan tentang interpretasi anda kepada setiap infografik. Sebagai contoh, apakah yang anda faham tentang infografik yang telah anda baca?

v.Anda boleh merujuk kepada Topik 5 dan 6 tentang bagaimana mengulas secara kreatif dan kritis maklumat yang telah anda kumpulkan.

c)Bahagian C: Tuliskan cara-cara bagaimana 3 dimensi konsep utama dalam Pendidikan Kewarganegaraan Global membawa manfaat kepada masyarakat untuk menyelesaikan isu alam sekitar tersebut.

Panduan menulis Bahagian C:

i.Huraikan Pendidikan Kewarganegaraan Global dan isu alam sekitar yang telah anda pilih. Bincangkan bagaimana 3 dimensi konsep utama Pendidikan Kewarganegaraan Global dapat memberikan faedah kepada masyarakat dan menyelesaikan isu alam sekitar.

ii.Cadangkan cara-cara untuk menyelesaikan isu alam sekitar yang telah dibincangkan sebelum ini melalui Pendidikan Kewarganegaraan Global. Cari DUA artikel / laman sesawang untuk menyokong cadangan anda.

3-KESIMPULAN: Tulis rumusan tugasan anda.

4-REFLEKSI KENDIRI: Tulis nota refleksi tentang proses untuk menyiapkan tugasan ini.

5-RUJUKAN: Petikan semua sumber (infografik, artikel / laman sesawang) dan tulis senarai rujukan. Baca Topik 2 tentang cara-cara menggunakan format APA.

Step by Step Solution

There are 3 Steps involved in it

Step: 1

blur-text-image

Get Instant Access to Expert-Tailored Solutions

See step-by-step solutions with expert insights and AI powered tools for academic success

Step: 2

blur-text-image

Step: 3

blur-text-image

Ace Your Homework with AI

Get the answers you need in no time with our AI-driven, step-by-step assistance

Get Started

Recommended Textbook for

Mcdougal Littell High School Math Algebra 1 2012

Authors: Ron Larson, Laurie Boswell, Timothy D. Kanold, Lee Stiff

1st Edition

9780547476841, 0547476841

More Books

Students also viewed these Mathematics questions