Question
Perusahaan Batu Bata Bangi mengeluarkan dua jenis produk iaitu Bata Simen dan Bata Merah. Syarikat menjangkakan jualan Bata Simen dan Bata Merah bagi sukuan kedua
Perusahaan Batu Bata Bangi mengeluarkan dua jenis produk iaitu Bata Simen dan Bata Merah. Syarikat menjangkakan jualan Bata Simen dan Bata Merah bagi sukuan kedua 2021 masingmasing adalah 40,000 dan 48,000. Harga jualan sebiji Bata Simen adalah RM0.40, sementara Bata Merah dijual pada harga RM0.60 sebiji. Syarikat menyasarkan baki batu-bata siap di akhir sukuan kedua 2021 ialah 2,000 biji Bata Simen dan 3,000 biji Bata Merah. Sementara pada 31 Mac 2021, baki batu-bata tersebut adalah 7,000 biji Bata Simen dan 9,000 biji Bata Merah Proses pembuatan batu-bata adalah berbentuk kelompok yang mana sekelompok pembuatan akan menghasilkan 50 biji bata. Berikut adalah keperluan pengeluaran bagi setiap kelompok proses pengeluaran batu-bata Penggunaan bahan langsung Bahan Mentah Kos seunit Keperluan Produk Bata Simen Bata Merah X RM2.00 2 unit Y RM2.50 1 unit 1 unit T RM1.40 3 unit Polisi pegangan baki awal inventori bahan mentah Syarikat adalah bersamaan 20 peratus keperluan pengeluaran sukuan semasa. Syarikat menjangkakan berlaku peningkatan keperluan pengeluaran bahan mentah sebanyak 10 peratus dalam Sukuan Ketiga 2021. Setiap kelompok Bata Simen memerlukan 30 minit proses Campuran dan 30 minit proses Penyiapan. Sementara kelompok Bata Merah memerlukan 15 minit Campuran dan 45 minit Penyiapan. Kadar gaji sejam buruh langsung di Jabatan Campuran adalah RM8 dan di Jabatan Penyiapan RM12. Dikehendaki: Berdasarkan maklumat perancangan Syarikat di atas sediakan belanjawan bagi Sukuan Kedua 2021 seperti berikut: a) Belanjawan Jualan (2 markah) b) Belanjawan Pengeluaran (3 markah) c) Belanjawan Penggunaan dan Pembelian Bahan Mentah (9 markah) d) Belanjawan Buruh Langsung (6 markah) e) Cadangkan beberapa langkah penyediaan dan pelaksanaan belanjawan yang boleh menghasilkan tingkah laku positif di kalangan staf Syarikat. (5 markah)
Step by Step Solution
There are 3 Steps involved in it
Step: 1
Get Instant Access to Expert-Tailored Solutions
See step-by-step solutions with expert insights and AI powered tools for academic success
Step: 2
Step: 3
Ace Your Homework with AI
Get the answers you need in no time with our AI-driven, step-by-step assistance
Get Started