Answered step by step
Verified Expert Solution
Link Copied!

Question

1 Approved Answer

Perusahaan Cincalok Pak Long merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam pengeluaran cincalok bagi pasaran negeri Melaka dan negeri-negeri di sekitar. Bincangkan jenis-jenis inventori bahan mentah,

  1. Perusahaan Cincalok Pak Long merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam pengeluaran cincalok bagi pasaran negeri Melaka dan negeri-negeri di sekitar.

  1. Bincangkan jenis-jenis inventori bahan mentah, inventori kerja dalam proses dan inventori barang siap dalam konteks Perusahaan Cincalok Pak Long. Berikan contoh bagi setiap jenis inventori tersebut.
  1. markah)

  1. Cadangkan teknik pengurusan inventori yang paling sesuai digunapakai oleh Perusahaan Cincalok Pak Long dalam operasi pengeluarannya. Huraikan jawapan anda.
  1. markah)

  1. Huraikan DUA(2) contoh kos membawa yang perlu ditanggung oleh Perusahaan Cincalok Pak Long dalam operasi perniagaannya.

(2 markah)

  1. FatBoy Tech Enterprise (FatBoy) merupakan syarikat yang terlibat dalam menjual dan mengedarkan komputer tablet bagi kegunaan murid-murid sekolah di sekitar negeri Kedah dan Perlis untuk aktiviti pembelajaran secara atas talian. Berikut adalah maklumat yang berkaitan dengan inventori, kos penyimpanan dan kos membawa bagi FatBoy:

Pesanan mestilah dilakukan dalam gandaan 200 unit.

Jualan komputer tablet tahunan adalah sebanyak 20,000 unit.

Kos membawa ialah sebanyak 5% daripada harga belian.

Harga belian ialah RM120/unit.

Kos pesanan ialah sebanyak RM50/pesanan.

Stok keselamatan ialah sebanyak 50 unit.

Tempoh masa penghantaran ialah selama 4 hari.

Berdasarkan maklumat di atas dan dengan andaian terdapat 365 hari dalam setahun:

i. Tentukan tahap Kuantiti Pesanan Ekonomi (Economic Order Quantity, EOQ) bagi FatBoy.

(3 markah)

ii. Berapakah bilangan pesanan yang perlu dibuat oleh FatBoy dalam masa setahun?

(2 markah)

iii. Tentukan titik pesanan inventori.

(4 markah)

  1. Tentukan tahap inventori purata.

(3 markah)

  1. Kirakan jumlah kos inventori bagi FatBoy.
  1. markah)

  1. Pada bulan Januari 2021, kerajaan Malaysia telah sekali lagi memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bagi mengekang gelombang ketiga penularan wabak Covid-19. Sesi persekolahan yang dijadualkan bermula pada 20 Januari 2021 di seluruh negara telah ditunda ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak. Kesemua aktiviti pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah di seluruh negara telah diarahkan untuk dilaksanakan dari rumah (PDPR).

Akibat daripada pelaksanaan PDPR ini, beberapa perubahan berikut dijangka berlaku:

  • Jualan komputer tablet tahunan dijangka melonjak kepada 150,000 unit setahun.
  • Kos membawa telah meningkat kepada 10% daripada harga belian.
  • Harga belian meningkat kepada RM150/unit akibat peningkatan dalam permintaan komputer tablet di kalangan ibu bapa.
  • Kos pesanan kini ialah sebanyak RM70/pesanan.
  • Stok keselamatan kini ditingkatkan kepada 200 unit akibat peningkatan jualan.
  • Tempoh masa penghantaran kini ialah selama 7 hari kerana pembekal juga menghadapi kesesakan dalam jumlah pesanan yang diterima dari kalangan penjual komputer tablet lain.

Berdasarkan maklumat di atas, anda diminta untuk menjawab kembali kesemua soalan di bahagian B di atas.

  1. markah)

  1. Pada pandangan anda, wajarkah perniagaan yang menjual gajet seperti komputer tablet dan telefon pintar menyimpan jumlah stok keselamatan yang tinggi sewaktu pelaksanaan PDPR sekarang? Jelaskan jawapan anda.

Step by Step Solution

There are 3 Steps involved in it

Step: 1

blur-text-image

Get Instant Access to Expert-Tailored Solutions

See step-by-step solutions with expert insights and AI powered tools for academic success

Step: 2

blur-text-image

Step: 3

blur-text-image

Ace Your Homework with AI

Get the answers you need in no time with our AI-driven, step-by-step assistance

Get Started

Recommended Textbook for

Re Imagining Offshore Finance

Authors: Christopher M. Bruner

1st Edition

0190466871, 978-0190466879

More Books

Students also viewed these Finance questions

Question

Evaluate the following definite integrals. V2 dx XV4 x

Answered: 1 week ago

Question

Describe the job youd like to be doing five years from now.

Answered: 1 week ago

Question

So what disadvantages have you witnessed? (specific)

Answered: 1 week ago