Answered step by step
Verified Expert Solution
Link Copied!

Question

1 Approved Answer

SOALAN 4 Pensel Berhad adalah pengeluar empat jenis USB yang berkapasiti 2 GB , 4 GB , 1 6 GB dan 3 2 GB .

SOALAN 4
Pensel Berhad adalah pengeluar empat jenis USB yang berkapasiti 2GB,4GB,16GB dan 32GB. Pengeluaran kesemua produk ini adalah menggunakan mesin yang sama. Berikut adalah perincian maklumat pengeluaran bagi setiap unit produk:
\table[[,2 GB,4 GB,16 GB,32 GB],[Harga jualan,RM 28,RM 30,RM 42,RM 45],[Bahan langsung,RM 5,RM 6,RM 6,RM 8],[Buruh langsung,RM 4,RM 4,RM 8,RM 8],[Overhed perkilangan berubah,RM 3,RM 3,RM 6,RM 6],[Overhed perkilangan tetap,RM 8,RM 8,RM 16,RM 16],[Jam buruh langsung,1,1,2,2],[Jam mesin,4,3,5,4]]
Overhed perkilangan tetap diserap kepada setiap produk berdasarkan jam buruh langsung, dengan anggaran 1,000 jam buruh langsung seminggu.
Corak permintaan bagi setiap produk adalah seperti berikut:
\table[[,2 GB,4 GB,16 GB,32 GB],[Permintaan mingguan (unit),200,180,100,250]]
Pada ketika ini mesin pengeluaran Syarikat hanya mampu beroperasi dengan kapasiti maksimum sebanyak 2,000 jam seminggu.
Dikehendaki:
a) Tunjukkan pengiraan sama ada keperluan jualan mingguan kesemua produk dapat dipenuhi oleh Syarikat.
b) Sediakan jadual pengeluaran mingguan yang patut dilaksanakan oleh Syarikat bagi memaksimumkan keuntungan. Berdasarkan cadangan anda, kirakan keuntungan yang akan diperolehi Syarikat.
c) Kegagalan memenuhi permintaan pelanggan adalah bercanggah dengan prinsip perniagaan Syarikat. Oleh itu, dua cadangan telah dikemukakan oleh Pengarah Syarikat iaitu:
4
(i) Bagi menambah kapasiti mesin disarankan permintaan pelanggan dipenuhi menggunakan kaedah lebih masa. Namun, kos buruh langsung dan overhed perkilangan berubah adalah 50 peratus lebih tinggi daripada kadar biasa.
(ii) Membeli produk USB 4GB daripada pembekal luar pada harga RM19 seunit. Produk ini perlu dibungkus semula sebelum dipasarkan dengan melibatkan kos tambahan RM1 setiap unit.
Sebagai akauntan pengurusan Syarikat, anda diminta menilai dan memilih cadangan yang paling menguntungkan Syarikat. Sokong jawapan anda dengan pengiraan.
image text in transcribed

Step by Step Solution

There are 3 Steps involved in it

Step: 1

blur-text-image

Get Instant Access to Expert-Tailored Solutions

See step-by-step solutions with expert insights and AI powered tools for academic success

Step: 2

blur-text-image

Step: 3

blur-text-image

Ace Your Homework with AI

Get the answers you need in no time with our AI-driven, step-by-step assistance

Get Started

Recommended Textbook for

Financial Accounting Theory

Authors: Craig Deegan, H. Bierman

4th Edition

0071013148, 978-0071013147

More Books

Students also viewed these Accounting questions