Answered step by step
Verified Expert Solution
Link Copied!

Question

1 Approved Answer

SOALAN TUGASAN Pakis Resort yang terletak di Johor Bahru, telah mengadakan promosi untuk menarik lebih ramai pelanggan. Untuk tujuan itu, pihak pengurusan Pakis Resort telah

SOALAN TUGASAN

Pakis Resort yang terletak di Johor Bahru, telah mengadakan promosi untuk menarik lebih ramai pelanggan. Untuk tujuan itu, pihak pengurusan Pakis Resort telah merancang beberapa aktiviti untuk menarik perhatian orang untuk menginap di situ. Antaranya ialah mengadakan promosi penginapan percuma kepada pelanggan-pelanggan terpilih dan menjemput kumpulan penyanyi remaja yang sedang popular, Salma & the Band dan kumpulan tarian tradisional Gamelan untuk mengadakan persembahan di Pakis Resort tersebut.

Puan Hani, yang merupakan salah seorang daripada pelanggan tetap Pakis Resort telah menerima tawaran pada 1hb Ogos untuk menginap di Pakis Resort selama tiga hari dua malam secara percuma pada bulan September dan meminta supaya Puan Hani membalasnya secepat mungkin. Puan Hani telah membalas surat tersebut pada 2 hb Ogos tetapi surat tersebut telah hilang di dalam perjalanan dan tidak di hantar ke Hotel. Pada 1hb September, Puan Hani telah menerima satu notis daripada pihak Hotel yang memberitahunya bahawa tawaran penginapan tersebut telah dibatalkan memandangkan pihak Hotel tidak menerima apa-apa maklumbalas daripada beliau dan kerana semua bilik Hotel telah habis ditempah bagi bulan September. Puan Hani menyatakan kontrak telah wujud dan mahu menyaman Pakis Resort kerana kemungkiran kontrak.

Butik Rose yang beroperasi di Pakis Resort juga telah mengadakan promosi jualan bajubaju dibutiknya seiring dengan promosi yang dijalankan oleh Pakis Resort tersebut. Salah satu baju yang dipamerkan mempunyai tag diskaun sebanyak 50%. Irene telah mengambil baju tersebut dan membawanya ke kaunter juruwang untuk di bayar. Akan tetapi juruwang tersebut telah memberitahu Irene bahawa tag diskaun pada baju berkenaan telah diletakkan secara salah dan baju tersebut hanya dijual dengan diskaun 5% dan bukannya 50%. Irene membantah dan mengatakan bahawa beliau telah menerima tawaran yang dibuat oleh Butik Rose dan mahu mengambil tindakan terhadap Butik Rose kerana kemungkiran kontrak.

Kumpulan Salma & the Band merupakan kumpulan penyanyi yang terdiri daripada lima orang remaja yang berusia 16 tahun. Mereka telah membeli baju daripada Butik Rose dan baju-baju tersebut telah digunakan dalam persembahan mereka. Mereka kemudiannya enggan menjelaskan bayaran baju tersebut.

Dalam perjalanan ke Pakis Resort untuk mengadakan persembahan, bas yang dinaiki oleh kumpulan Gamelan telah terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan kecederaan kepada sebahagian besar penari kumpulan tersebut dan mereka tidak dapat meneruskan dengan persembahan yang telah dirancangkan. Pihak Pakis Resort yang telah membayar wang pendahuluan kepada Gamelan meminta supaya wang tersebut dipulangkan kepada pihak Pakis Resort.

Encik Chan yang tinggal di Pakis Resort kerana urusan kerja telah kehilangan dompetnya. Setelah berunding dengan pihak pengurusan Pakis Resort, mereka bersetuju bahawa En. Chan hanya perlu menjelaskan sebahagian sahaja bayaran penginapan tersebut. Setelah beliau pulang ke rumah, beliau terkejut apabila menerima surat daripada Pakis Resort meminta supaya beliau menjelaskan baki bayaran penginapan.

Hannah yang merupakan peminat kumpulan Salma & the band telah datang ke Hotel untuk menyaksikan persembahan kumpulan tersebut sambil menikmati makanan yang disediakan oleh pihak Hotel. Sejurus selepas menerima bil, Hannah enggan menjelaskan bil tersebut kerana beliau berpendapat harga yang dikenakan oleh pihak Hotel adalah sangat mahal dan tidak berpatutan.

Pengurus Pakis Resort iaitu En. Bakar, meminta nasihat kamu untuk menyelesaikan masalah-masalah yang tersebut di atas.

1. Kandungan

2. Pengenalan kepada undang-undang kontrak

3. Soalan

4. Puan Hani vs Pakis Resort

5. Irene vs Butik Rose

6. Butik Rose vs Salma & the Band

7. Pakis Resort vs Kumpulan Gamelan

8. Pakis Resort vs En Chan

9. Pakis Resort vs Hannah

10.Kesimpulan

Step by Step Solution

There are 3 Steps involved in it

Step: 1

blur-text-image

Get Instant Access to Expert-Tailored Solutions

See step-by-step solutions with expert insights and AI powered tools for academic success

Step: 2

blur-text-image_2

Step: 3

blur-text-image_3

Ace Your Homework with AI

Get the answers you need in no time with our AI-driven, step-by-step assistance

Get Started

Recommended Textbook for

Constitutional Law Cases And Materials

Authors: Jonathan Varat, Vikram Amar, Evan Caminker

16th Edition

1647083613, 978-1647083618

More Books

Students also viewed these Law questions

Question

1. I try to create an image of the message

Answered: 1 week ago

Question

4. What is the goal of the others in the network?

Answered: 1 week ago