Answered step by step
Verified Expert Solution
Link Copied!

Question

1 Approved Answer

Aktiviti utama Syarikat Timur Barat Bhd. yang telah ditubuhkan pada tahun 2015 adalah pengeluaran makanan dalam tin. Produk keluaran Timur Barat Bhd. mendapat pasaran luas

Aktiviti utama Syarikat Timur Barat Bhd. yang telah ditubuhkan pada tahun 2015 adalah pengeluaran makanan dalam tin. Produk keluaran Timur Barat Bhd. mendapat pasaran luas dalam dan juga luar negara. Syarikat telah menunjukkan prestasi yang bertambah baik dari tahun ke tahun. Bagi meningkatkan lagi keuntungan syarikat, pihak pengurusan telah membuat beberapa pelaburan dalam tahun 2020 serta mengambil langkah melindungi syarikat dari risiko berkaitan aliran tunai. Tempoh perakaunan syarikat berakhir pada 31 Disember setiap tahun. Maklumat berkaitan aktiviti pelaburan serta lindung nilai adalah seperti berikut:

1. Tart Nenas Wow adalah antara produk keluaran Timur Barat Bhd. yang paling laris. Bahan utama yang digunakan ialah nenas. Syarikat menjangkakan akan memerlukan sejumlah 150,000 kilogram nenas setahun untuk proses pengeluarannya. Harga nenas dalam tahun 2019 menunjukkan peningkatan yang berterusan dan dijangkakan akan terus meningkat dalam tahun 2020. Oleh itu, pihak pengurusan mengambil keputusan untuk menandatangani kontrak niaga hadapan yang memberikan hak kepada syarikat untuk membeli nenas pada harga yang ditetapkan. Oleh itu, pada 1 November 2019, syarikat telah menandatangani kontrak niaga hadapan untuk membeli 150,000 kilogram nenas pada harga RM2.80 sekilogram. Kontrak ini akan tamat tempoh pada 28 Februari 2020. Maklumat berkaitan harga nenas sepanjang tempoh kontrak adalah seperti berikut: Tarikh Harga nenas/kg (RM) 1 November 2019 2.80 31 Disember 2019 3.10 Pada 31 Januari 2020, syarikat telah melaksanakan kontrak niaga hadapan yang telah ditandatangani dengan membeli sejumlah 150,000 kilogram nenas pada harga RM3.10/kilogram. Dikehendaki: a) Sediakan catatan jurnal dalam tahun 2019 dan 2020 bagi merekod urus niaga berkaitan kontrak hadapan di atas. (4 markah) b) Nyatakan kesan kepada kewangan syarikat jika kontrak niaga hadapan tidak ditandatangani oleh syarikat. (1 markah) EPPA2013 7 2. Timur Barat memiliki portfolio pelaburan ekuiti untuk dagangan. Maklumat portfolio pelaburan ekuiti pada 31 Disember 2020 menunjukkan perkara berikut: Kos (RM) Nilai Saksama 31/12/2019 (RM) Nilai Saksama 31/12/2020 (RM) 10,000 unit syer ekuiti Syarikat CACA Bhd. 250,000 278,000 270,000 5,000 unit syer ekuiti Syarikat RAMLY Bhd. 300,000 280,000 4,000 unit syer ekuiti Syarikat PAPA Bhd. 80,000 100,000 630,000 458,000 370,000 Pada 1 Julai 2020, pelaburan ekuiti yang dijual adalah pada harga RM62 sesyer. Pada tarikh yang sama, syarikat membeli pelaburan baru untuk portfolio yang sama. Yuran broker yang dibayar untuk kedua-dua urus niaga ini adalah RM5,000. Dikehendaki: a) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan urus niaga berkaitan jualan dan belian pelaburan ekuiti Syarikat Timur Barat Bhd. dalam tahun 2020. (5 markah) b) Sediakan catatan pelarasan pada 31 Disember 2019 dan 31 Disember 2020. (5 markah) 3. Pada 1 Januari 2020, Timur Barat telah membeli bon 8%, dengan nilai matang RM500,000 pada 31 Disember 2022. Faedah atas bon akan dibayar dua kali setahun pada 30 Jun dan 31 Disember setiap tahun. Kadar pasaran dari bon tersebut ialah 10%. Pelaburan ini dibuat dengan tujuan kutipan tunai dari hasil faedah dan bayaran pokok semasa matang. Dikehendaki: a) Sediakan catatan jurnal perolehan bon. (4 markah) b) Sediakan jadual pelunasan bon sehingga 31 Disember 2021. (5 markah) c) Tunjukan catatan jurnal bagi merekodkan penerimaan faedah dan pelunasan bon dalam tahun 2020. (2 markah) d) Andaikan syarikat menjual pelaburan bon ini pada 1 Oktober 2021, pada 98 dicampur faedah terakru. Sediakan catatan jurnal bagi merekodkan jualan pelaburan tersebut. (4 markah)

Step by Step Solution

There are 3 Steps involved in it

Step: 1

blur-text-image

Get Instant Access to Expert-Tailored Solutions

See step-by-step solutions with expert insights and AI powered tools for academic success

Step: 2

blur-text-image

Step: 3

blur-text-image

Ace Your Homework with AI

Get the answers you need in no time with our AI-driven, step-by-step assistance

Get Started

Recommended Textbook for

The Budget Bible Budgeting Made Simple

Authors: Jessica Charise Brant, Adrienne Homet Hand

979-8218059880

More Books

Students also viewed these Accounting questions

Question

Understand the different approaches to job design. page 167

Answered: 1 week ago